TEORI PEMBANGUNAN

MODENISASI DAN PEMBANGUNAN LOKAL: KAJIAN KES WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

logo ukm

SKAD 2043 TEORI PEMBANGUNAN

MODENISASI DAN PEMBANGUNAN LOKAL: KAJIAN KES WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN UNTUK:

DR.SIVAPALAN SELVADURAI

PN. MARSHITAH MOHD RADZI

DISEDIAKAN OLEH:

PATHMA A/P SUBRAMANIAM (A111638)

SITI NOOR FARIZA BINTI MOHD YUSOFF (A112197)

ROHANA BINTI NORDIN (A112754)

NURAISYAH BINTI ABDUL LATIB (A113201)

SEM 2 SESI 2008/2009


1.0 PENDAHULUAN

Pertumbuhan bandar raya Kuala Lumpur mesti dilihat menjurus kepada perspektif subnasional. Semasa (Pelan Struktur Kuala Lumpur) PSKL 1984, Wilayah Lembah Klang dilihat dalam konteks sub-nasional di mana pertumbuhan Kuala Lumpur telah ditentukan. Walau bagaimanapun, pembangunan-pembangunan baru yang utama di luar Kuala Lumpur, khususnya KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya, telah menjadikan konsep Wilayah Lembah Klang sebagai satu entiti modenisasi dalam pembangunan negara. Tetapi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih mencerminkan konsep modenisasi yang terawal berbanding dengan pembangunan baru.

Kesejahteraan dan kedinamikan bandaraya merupakan komponen utama dalam pertumbuhan ekonomi yang lestari. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, khususnya di negara membangun, perkaitan antara organisasi perindustrian dengan sistem bandar rayanya telah berperanan dalam menentukan pola urbanisasi dan pembangunan kawasan. Kawasan metropolitan dan bandar besar yang lain menjadi lokasi pilihan aktiviti pembuatan pada peringkat awal urbanisasi. Di lokasi-lokasi inilah terdapatnya pelbagai manfaat ekonomi aglomerasi.

Menurut Morshidi Sirat (2002) Lazimnya, bandaraya utama dalam sesebuah negara yang mempunyai pertumbuhan yang pesat berupaya menawarkan asas ekonomi yang luas dan pelbagai, sesuai dengan tuntutan perkhidmatan modan dan industri inovatif yang lainnya. Dari segi teorinya, aktiviti ekonomi dan kependudukan, aktiviti pembuatan mula berpindah keluar dari kawasan metropolitan. Galakan kerajaan diperkenalkan sebagai daya tarifan kepada pelabur supaya melakukan operasi pengeluaran di bandar-bandar bersaiz pertengahan dan kawasan pinggir. Hal ini dipermudahkan lagi dengan perluasan sistem komunikasi dan pengangkutan.

Fungsi utama Kuala Lumpur akan didefinisikan semula berikutan dengan pembangunan MSC, pemindahan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ke Putrajaya, serta pelbagai fungsi bandar dan aktiviti yang sekarang ini adalah sebahagian dari (Kuala Lumpur dan Konurbasinya) KLK. Dengan kadar kawasan tepu bina dan penduduk Kuala Lumpur yang menurun berbanding KLK secara keseluruhannya, peranan Kuala Lumpur dijangka akan lebih khusus. Bandar Raya harus menumpu kepada membangunkan kekuatannya dalam perkhidmatan dan industri pembuatan bertahap tinggi bagi membolehkan mereka beroperasi di dalam tadahan pasaran yang lebih luas di peringkat antarabangsa, nasional dan sub-nasional. Fungsi teras bandar akan terus terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Ibu pejabat syarikat global, hotel bertaraf tinggi dan pusat membeli-belah, rekreasi dan hiburan akan ditumpukan di pusat bandar raya, termasuk kemudahan latihan khusus, perkhidmatan pakar profesional dan perubatan.

Kuala Lumpur juga menjadi fokus bagi pembangunan berasaskan pengetahuan dan industri yang tinggi nilai tambah. Sebagai ibu negara, Kuala Lumpur akan terus menampung kemudahan kemudahan institusi pendidikan (knowledge-based), keagamaan dan kebudayaan. Selaras dengan statusnya di peringkat nasional dan antarabangsa, institusi dan kemudahan ini perlu ditingkatkan sewajarnya.

Oleh kerana itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah di pilih oleh pengkaji untuk melihat tahap modenisasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya kepada mukim-mukim yang ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berpandukan konstrak yang telah dipilih iaitu urbanisasi, teknologi, industrialisasi, pendidikan dan kemudahan infrastuktur bersandarkan kepada teori modenisasi Smelser serta tokoh-tokoh teori pembangunan yang lain seperti Walt Rostow dan Ferdinand Tonnies. Selain itu, kajian ini menumpukan kepada tiga peringkat iaitu secara umum, mukim dan bandar yang mengalami pertumbuhan. Peta yang disediakan dibawah adalah lokasi kawasan kajian pengkaji mengikut teori yang telah dipilih.

1.1 Teori Modenisasi Oleh Smelser

Menurut Smleser, ciri-ciri struktur ekonomi masyarakat maju seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat jauh berbezanya berbanding masyarakat kurang membangun di kawasan lain. Tambahan beliau, pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dikatakan berlangsung dalam empat proses iaitu perubahan teknologi, pertanian, industrialisasi dan proses urbanisasi. Tetapi di dalam kajian ini hanya menekankan kepada tiga proses perubahan sahaja iaitu teknologi, industrialisasi dan urbanisasi.

Proses yang pertama ialah perubahan teknologi iaitu perubahan dari segi teknik tradisional ke teknik yang berasaskan sains dan teknologi. Teknik moden yang canggih adalah merupakan masyarakat yang maju berbanding masyarakat yang mundur yang menggunakan teknik secara tradisional.

Proses yang kedua iaitu pembangunan pertanian, struktur pertanian masyarakat tradisional dicirikan oleh orientasi sara diri, berubah kepada struktur pertanian masyarakat maju yang berorentasikan komersial iaitu yang memperlihatkan ciri-ciri nilai perniagaan, penkhususan tanaman jualan dan perkembangan buruh upahan.

Proses industrialisasi merupakan faktor terpenting dalam modenisasi. Bagi Smelser perubahan dari guna tenaga yang berorentasikan manusia dan haiwan dalam masyarakat mundur ke penggunaan mesin proses pengeluaran dalam masyarakat maju.

Proses urbanisasi, perubahan ciri gaya hidup, geografi, aktiviti ekonomi dan lain-lain dalam masyarakat yang dianggap mundur ke gaya hidup masyarakat maju. Sebagai contohnya, perubahan dari hubungan sosial yang bersifat personal kepada impersonal dan dari obligasi sosial ke obligasi individu serta lebih bersifat materealisitik.

(Ahmad Shukri & Rosman Md Yusoff 2003)

1.2 Latar Belakang Kawasan Mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kajian kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada lapan (8) mukim iaitu Baru Caves, Jinjang, Sungai Pechala, Kampung Batu, Kepong, Kuala Lumpur, Salak Selatan dan Sungai Besi. Latar Belakang Kawasan Mukim adalah seperti berikut:

1.2.1 Batu Caves

Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Lord Subramaniam dan Dewa Hindu. Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Dalam pada itu yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan. (www.wikipedia.com)

1.2.2 Jinjang

Jinjang adalah sebuah bandar di Kuala Lumpur. Bandar ini telah ditubuhkan sebagai sebahagian strategi orang British yang dipanggil Plan Briggs. Strategi mereka adalah bertujuan untuk memindahkan orang Melayu daripada pengaruh komunis. Perkampungan baru ini mengandungi penduduk etnik Cina yang hidup hingga ke hari ini. Dipercayai bahawa nama Jinjang berasal dari nama seekor babi yang dibawa dan disayangi oleh seorang peniaga Cina di sana dan dipercayai bahawa babi mempunyai kuasa yang kuat. Jinjang terbahagi kepada dua iaitu Jinjang Utara (Utara) Dan Jinjang Selatan (Selatan). (www.wikipedia.com)

1.2.3 Sungai Penchala

Sungai Penchala ada sebatang sungai di Selangor, Malaysia. Ia mengalir dari Kampung Penchala ke Petaling Jaya. (www.wikipedia.com)

1.2.4 Kampung Batu

Tiada data ditemui

1.2.5 Kepong

Kepong adalah satu kawasan di Zon Sentul Kuala Lumpur yang bawah, terletak 6km dari KLCC ke utara Sungai Buloh, ke timur Bukit Lanjan, ke barat Selayang dan ke selatan Jalan Duta. Jalan-jalan akses utama kepada Kepong adalah LDP Damansara-Puchong Expressway, Jalan Kuching, MRR II dan Jalan Ipoh. Kepong adalah salah sebuah 11 kawasan-kawasan Kuala Lumpur diwakili dalam Parlimen rakyat Malaysia. Arus elektrik Member Parlimen mewakili unsur adalah Tan Seng Giaw daripada Parti Tindakan Demokratik. (www.wikipedia.com)

1.2.6 Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya. (www.wikipedia.com)

1.2.7 Salak Selatan

Salak Selatan mempunyai stesen transit yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang terletak berdekatan dengan perbandaran Kuala Lumpur. Salak South Stesen menyediakan perjalanan dari Sri Petaling-Sentul Timur bercabang ke Ampang Line (dahulunya dikenali sebagai STAR, dan Ampang dan Sri Petaling Lines). Stesen tersebut telah dibuka sejak 11 Julai 1998, sebahagian fasa kedua sistem STAR telah dirasmikan, termasuk 7 stesen baru sepanjang Chan Sow Lin-Sri Petaling bagi merancang perjalanan. (www.wikipedia.com)

1.2.8 Sungai Besi

Sungai Besi adalah sebuah bandar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lombong timah paling dalam di Malaysia adalah terletak di situ dan merupakan satu bandar perlombongan yang bersejarah dengan banyak kilang-kilang berat seperti kilang keluli, pengumpulan keluli terbuang dan industri-industri keluli lain. Ia merupakan kawasan bandar yang maju daripada satu kawasan yang luas sebagai kemudahan kampung-kampung berdekatan. (www.wikipedia.com)

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk memperihalkan ciri dan bagi kawasan lokal yakni kawasan mukim di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan teori modenisasi yang dikemukakan oleh Smelser serta tokoh-tokoh dari teori pembanngunan yang lain.

2. SOROTAN KAJIAN

Arus globalisasi mula berubah pada tahun 1980-an. Desakan dan gelombang globalisasi semakin menyusup masuk dan merebak keseluruh dunia dan kesannya mula di rasai oleh Malaysia supaya tidak ketinggalan dalam mengikutinya. Meskipun begitu, pada awal tahun 1980-an Kuala Lumpur membangun sekadar menjadikan satu daripada sebilangan kecil pusat suprawilayah ASEAN (Morshidi dan Suriati 1998). Perancangan bandaraya Kuala Lumpur ketika itu ditentukan oleh ”etika pertumbuhan” di kebanyakan negara membangun. Dalam konteks ”etika pertumbuhan ini ahli perancangan bandar melihat tugas utama mereka adalah untuk membentuk keadaan yang sesuai bagi pengeluaran (Moshidi Sirat 2002). Tambahan mereka lagi, mereka mendokumenkan polisi-polisi yang bersesuaian serta merancang untuk memenuhi objektif ini dalam bentuk Pelan Struktur Kuala Lumpur.

Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur adalah merupakan zon strategik seluas 1,813 hektar ini disempadani oleh beberapa lebuh raya utama seperti Jalan Tun Razak dari timur ke utara, Lebuh Raya Mahameru di sebelah barat dan Jalan Lingkaran Tengah 1 ke selatan. Zon ini merangkumi kawasan berbukit, termasuk Bukit Nanas, Bukit Ceylon dan lembah Sungai Klang dan Sungai Gombak. (Plan Struktur Kuala Lumpur 2020)

Manakala pelan pembangunan untuk Kawasan Rizab Melayu di Kampung Sungai Penchala dan Segambut akan mengambil kira ciri-ciri kawasan yang sebahagian besarnya hutan dan berbukit-bukau. Galakan diberi kepada pembangunan agro pelancongan dan kemudahan pendidikan bagi mengeksploitasi kualiti khusus kawasan ini yang berdekatan dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan juga kawasan hutan di Bukit Kiara. Pembangunan ini termasuklah ladang hobi, hotel peranginan hutan dan stesen penyelidikan botani antarabangsa yang berkaitan dengan taman botani baru di Bukit Kiara. Pada amnya muka bumi zon ini adalah berbukit dan dipisahkan oleh dataran banjir Sungai Kerayong. . (Plan Struktur Kuala Lumpur 2020)

Bukit Sungai Besi adalah yang tertinggi di Kuala Lumpur meliputi sebahagian besar bahagian selatan zon ini. Zon ini mempunyai asas kediaman yang matang. Industri di keseluruhan zon ini adalah mantap dan secara amnya tergabung dalam lapan kawasan perindustrian. Dua institusi besar adalah maktab perguruan dan kompleks sekolah di Bandar Tun Razak serta Kem Tentera Sungai Besi di selatan zon ini. Pelan pembangunan komprehensif akan disediakan untuk kawasan usang di utara kampung baru Salak Selatan dan juga perumahan kelompok Jalan Jujur, Bandar Tun Razak dan Taman Ikan Mas. Di samping itu, perumahan awam Razak Mansion di Jalan Sungai Besi akan dinaiktaraf. Kerja-kerja pembaikan persekitaran dan infrastruktur akan dibuat termasuk peningkatan koridor sungai dan pembaikan hubungan ke stesen LRT di Bandar Tun Razak dan stesen KTM di Salak Selatan melalui pembangunan perumahan kos rendah ke selatan. . (Plan Struktur Kuala Lumpur 2020).

3.0 HASIL KAJIAN

Di dalam hasil kajian ini konsep yang akan di lihat adalah dari segi urbanisasi, teknologi, pendidikan, industrialisasi dan kemudahan infrastruktur.

3.1 Urbanisasi

Berdasarkan konsep urbanisas, kajian meliputi dua bahagian iaitu bahagian khusus berdasarkan jumlah tempat tinggal mengikut jenis perumahan mengikut mukim, manakala dari segi umumnya ialah penawaran perumahan, Perumahan Sedia Ada dan Keperluan, Purata Pendapatan Bulanan Isi Rumah Purata Pendapatan Bulanan Isi Rumah, Kadar Kemiskinan, Perubahan Guna Tanah Kawasan Tiada Pembangunan dan Setinggan serta Infrastruktur dan Utiiliti.

3.1.1 Jadual 1. Penawaran Perumahan Mengikut Status, 2000

Zon Strategik

Status Pembangunan (Unit)

Sedia ada (%)

Dalam Pembinaan (%)

Perintah pembangunan (%)

Kelulusan Dasar (%)

Jumlah (Unit)

Pusat Bandar Raya

77.49

4.8

11.67

6.04

40,140

Wangsa Maju-Maluri

71.65

9.67

9.83

8.84

110,621

Sentul Manjalara

48.5

9.24

17.55

24.71

137,093

Damansara-Penchala

56.1

3.33

25.12

15.45

44,518

Bukit Jalil-Seputeh

56.14

13.27

13.39

17.19

137,374

Bandar Tun Razak-Sungai Besi

47.32

18.84

14.99

18.86

99,342

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Kerajaan Persekutuan Malaysia sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan negara secara menyeluruh. Hakikat ini amat ketara apabila kita melihat rancangan-rancangan pembangunan yang dibentuk oleh kerajaan kita. Keadaan ini dapat dilihat menerusi jadual diatas yang menunjukkan penawaran perumahan mengikut status zon strategik, pada tahun 2000.

Daripada jumlah keseluruhan penawaran perumahan mengikut status pada tahun 2000 iaitu sebanyak 569088 unit. Penawaran perumahan mengikut status, pada tahun 2000 terbahagi kepada enam zon strategik, iaitu Pusat Bandar Raya, Wangsa Maju-Maluri, Sentul Manjalara, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputeh dan Bandar Tun Razak-Sungai Besi. Antara penawaran perumahan tersebut, zon strategik bagi Bukit Jalil-Seputeh mencatat 24% atau 137374 unit daripada jumlah penawaran perumahan pada tahun 2000. Manakala zon strategik Sentul Manjalara pula mencatat angka 137093 unit iaitu kurang sebanyak 281 unit berbanding Bukit Jalil-Seputeh. Sementara, diikuti oleh zon strategik Wangsa Maju-Maluri mencatatkan sebanyak 110621 unit, Bandar Tun Razak-Sungai Besi sebanyak 99342 unit, Damansara-Penchala iaitu 44518 unit dan yang terendah adalah zon strategik Pusat Bandar Raya sebanyak 40140 unit.

Di kalangan zon strategik, Bukit Jalil-Seputeh menduduki tempat teratas berbanding zon strategik yang lain. Hal ini kerana, dari segi status pembangunan kawasan ini mempunyai bangunan yang sedia ada iaitu telah didirikan sebanyak 56.14% dengan hanya mendapat kelulusan dasar adalah sebanyak 17.19%, yang menunggu perintah pembangunan sebanyak 13.39% dan masih dalam pembinaan adalah 13.27%. Walaupun jumlah adalah tertinggi tetapi unit bangunan yang sedia ada adalah rendah berbanding dengan zon strategik yang lain seperti pusat bandar raya dan wangsa Maju-Maluri. Keadaan ini sedemikian kerana zon strategik Bukit Jalil-Seputeh adalah kawasan yang baru di bangunkan. Kawasan ini mula dikenali oleh orang ramai dengan kewujudan Stadium Bukit Jalil dan Astro baru-baru ini. Sentul Manjalara, mencatatkan status pembangunan mencatatkan sebanyak 48.5% bagi bangunan sedia ada, dalam pembinaan pula iaitu 9.24%, sementara 17.55% mewakili bagi status perintah pembangunan dan yang pembangunan yang menunggu kelulusan dasar sebanyak 24.71%. Sentul Manjalara merupakan salah sebuah kawasan yang baru berkembang sebagai bangunan dan kawasan perumahan berikutan dengan projek perumahan yang mega seperti East West Sentul. Berdasarkan jadual diatas hal ini dapat dibuktikan dengan peratus yang menunggu perintah pembangunan dan kelulusan dasar dan tinggi di zon Sentul Manjalara. Sementara Wangsa Maju-Maluri merupakan zon yang sedia ada dengan pembangunan seperti akademik TV3.

Manakala, penawaran perumahan mengikut status, 2000 yang menunjukkan jumlah yang terendah daripada jumlah keseluruhan adalah Pusat Bandar Raya iaitu sebanyak 40140 unit. Daripada pembahagian tersebut sebanyak 77.49% bangunan telah didirikan berbanding kawasan lain yang masih kurang membangun. Kawasan ini, sebenarnya telah mengalami modenisasi yang pesat kerana hanya sebanyak 4.8% sahaja dalam pembinaan, yang menunggu perintah pembangunan iaitu 11.67% dan 6.04% pula yang telah menerima kelulusan dasar. Dalam tahun 2000 terdapat kekurangan yang nyata dalam unit-unit kos rendah dan sederhana, berbanding dengan lebihan penawaran rumah kos tinggi. Kekurangan perumahan kos rendah akan dapat diatasi melalui program perumahan kos rendah yang akan menyediakan sebanyak 56,953 unit pada tahun 2005.

Daripada hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya migrasi dalaman dan luaran di mana terdapatnya penawaran perumahan yang banyak. Mengikut teori modenisasi dalam konteks urbanisasi iaitu perpindahan penduduk dari desa ke bandar atau pembangunan sesuatu tempat menjadi bandar adalah suatu definisi bagi urbanisasi yang terkandung di dalam penawaran perumahan ini. Ini menunjukkan zon yang meningkat adalah Bukit Jalil – Seputeh telah mengalami proses modenisasi yang sedang meningkat.

3.1.2 Jadual 2: Perumahan Sedia Ada dan Keperluan, 2000

Jenis Perumahan

Sedia ada

Keperluan

Unit

Peratus (%)

Unit

Peratus (%)

Kos Rendah

80,465

24.5

107,323

32.7

Kos Sederhana

78,589

24.9

114,215

34.8

Kos Tinggi

169,151

51.5

106,667

32.5

Jumlah

328,205

100

328,205

100

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Berdasarkan jadual diatas jenis perumahan dibahagikan kepada 3 kategori umum iaitu perumahan kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi. Perumahan kos sederhana dan kos tinggi dibina sepenuhnya oleh sektor swasta manakala perumahan kos rendah disediakan melalui program perumahan kerajaan dan peruntukan kuota 30 peratus perumahan kos rendah yang dikenakan kepada pemaju dalam setiap pembangunan perumahan baru. Jadual tersebut menunjukkan perbandingan di antara penawaran perumahan sedia ada mengikut jenis dengan anggaran keperluan perumahan yang efektif berdasarkan kepada tahap pendapatan isi rumah penduduk Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan perumahan yang disediakan pada tahun 2000 mengikut jenis perumahan telah mencatatkan sebanyak 328205 unit.

Pemaju perumahan di Kuala Lumpur lebih menyediakan jenis rumah kos tinggi berbanding dengan kos rumah sederhana dan rendah. Dimana pemaju telah menyediakan rumah kos tinggi sebanyak 169151 unit tetapi keperluan terhadap rumah kos tinggi hanya 106667 unit. Keadaan ini telah menyebabkan berlaku lebihan penawaran rumah kos tinggi sebanyak 62484 unit. Sementara itu, pemaju hanya menyediakan rumah kos rendah, kos sederhana sebanyak 80465 unit dan 78589 unit tetapi keperluan penduduk adalah 107323 unit dan 114215 unit. Hal ini telah menyebabkan berlakunya lebihan permintaan rumah kos rendah dan sederhana.

Mengikut keputusan yang telah di jelaskan, menunjukkan bahawa lebihan penawaran terhadap rumah kos tinggi di Kuala Lumpur adalah kerana kebanyakan golong-golong elit lebih gemar untuk menduduki rumah kondominium kerana keselamatan lebih terjaga atau rumah yang terletak di pinggiran bandar kerana inginkan suasana yang tenang dan sunyi serta lebih individualistik, selain itu mereka juga dapat mendekorasi rumah mereka mengikut citarasa mereka berbanding membeli rumah di kawasan bandar yang telah di tetapkan oleh pihak pemaju dan kerajaan. Ini menunjukkan tahap modenisasi memang berlaku di Kuala Lumpur tetapi kurang mendapat sambutan dari masyarakat kelas atasan.

3.1.3 Jadual 3: Jumlah tempat tinggal mengikut jenis perumahan oleh mukim,2000

Mukim

Unit Perumahan

Rumah

Flat / Apartment/

Kondominium

Bilik

Total (JUMLAH)

Tunggal

Semi Tunggal

Teres

Batu Caves*

12.53

6.75

47.47

30.12

3.13

415

Kg. Sg. Penchala Utara*

16.09

16.47

62.21

5.04

0.19

516

Sg. Besi

23.23

13.94

28.94

33.4

0.35

2,260

Salak Selatan

31.24

1.32

1.25

65.95

0.22

4,091

Kg. Sg. Penchala Selatan *

N

0.19

N

98.51

1.3

538

Kg. Kepong

42.97

12.79

9.97

22.51

2.05

391

Kg. Batu

25.34

6.85

38.36

26.71

2.74

146

Jinjang

47.61

24.79

22.4

4.3

0.77

3,245

Kuala Lumpur

9.27

4.93

29.79

54.94

0.3

343,319

Nota Kaki:

N- Tiada Data

Sepanjang Rangka Rancangan Jangka Panjang Dua (RRJP2) 1999 hingga 2000, selaras dengan pertumbuhan pesat ekonomi negara, trend pemilikan tempat tinggal mengikut jenis perumahan juga mengalami perubahan drastik. Berdasarkan jadual di atas trend tempat tinggal mengikut jenis perumahan terdiri daripada lima kategori iaitu rumah tunggal, semi tunggal, teres, apartment,dan sewa bilik.

Mukim Kuala Lumpur merupakan mukim yang mencatatkan jumlah keseluruhan yang tertinggi iaitu sebanyak 343319 unit daripada jumlah keseluruhan 354921 unit. Daripada jumlah tersebut penduduk mukim Kuala Lumpur lebih suka tinggal di pangsapuri atau kondominium yang mewakili sebanyak 54.94%. Sementara peratus kedua yang tertinggi bagi mukim Kuala Lumpur dan jenis tempat tinggal rumah teres yang mencatatkan sebanyak 29.79%, manakala penduduk yang tinggal di rumah tunggal atau semi tunggal dan menyewa bilik masing-masing menunjukkan angka 9.27%, 4.93% dan 0.3%. ini menunjukkan bahawa penduduk di Kuala Lumpur lebih suka tinggal di Apartment atau Kondominium berbanding dengan menyewa bilik. Ini mencerminkan bahawa penduduk di Kuala Lumpur merupakan golongan yang mementingkan status keselamatan sosial, bersifat individualistik. Tambahan pula, tempat tinggal jenis yang mereka pilih iaitu apartment dan kondominium di lengkapi dengan sistem kawalan keselamatan yang efisien.

Manakala mukim Salak Selatan, Jinjang, Sungai Besi, Kampung Sungai Penchala Utara dan Selatan serta Kampung Kepong mencatatkan nilai dalam keadaan sederhana dalam pemilikan tempat tinggal mengikut jenis perkerjaan pada tahun 2000. Salah satu daripada mukim iaitu Jinjang menunjukkan trend yang berbeza daripada mukim Kuala Lumpur. Hal ini kerana, Jinjang ini merupakan mukim yang berada di pinggir kawasan bandar, maka penduduk lebih suka tinggal di kawasan tersebut. Berdasarkan jadual ini penduduk mukim Jinjang ini kebanyakannya tinggal di rumah tunggal, semi tunggal dan teres, kerana mereka lebih suka hidup secara bermasyarakat. Ini dapat dibuktikan dengan jadual di atas di mana rumah tunggal mewakili sebanyak 47.61%, semi tunggal 24.79% dan diikuti dengan rumah teres. Manakala rumah pangsapuri dengan kondominium dan menyewa bilik mencatatkan jumlah yang kecil, yang masing-masing sebanyak 4.3% dan 0.77%.

Mukim Kampung Batu merupakan mukim yang mencatatkan nilai yang terendah daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyaka 146 unit. Daripada jumlah tersebut penduduk yang memiliki tempat tinggal rumah teres lebih tinggi berbanding dengan rumah tunggal, semi tunggal dan menyewa bilik. Hal ini kerana mukim kampung batu merupakan kawasan setinggan. Ini menyebabkan kerajaan membina lebih banyak rumah teres kos rendah dan pangsapuri. Secara tidak langsung, jenis pemilikan tempat tinggal semi tunggal, tunggal dan menyewa bilik adalah rendah yang masing-masing mencatatkan 25.34%, 6.85% dan 2.74%.

Hal ini berlaku kerana guna tanah kawasan berkenaan telah mencapai tahap tepu bina untuk pembinaan pusat-pusat komersial bagi mengikut arus globalisasi. Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan pusat bandar utama Malaysia, dan merupakan pusat perkembangan ekonomi maka pembinaan tanah perumahan telah dihadkan seperti yang berlaku di Singapura. Untuk menyelesaikan masalah kurangnya unit perumahan kaedah penggunaan kondominium, flat dan pangsapuri sangat releven untuk penduduk Kuala Lumpur. Ini menunjukkan bahawa dari segi pembinaan rumah Kuala Lumpur telah mencapai tahap modenisasi yang dalam perjalanan menuju ke pasca-modenisasi.

3.1.4 Jadual 4: Purata Pendapatan Bulanan Isi Rumah, 1995 - 1999

Kawasan

1995(RM)

1999(RM)

Purata Pertumbuhan Tahunan(%)

1995-1999

Kuala Lumpur

3,371

4,105

5.0

Malaysia

2,020

2,472

5.2

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Mengikut jadual diatas menunjukkan penduduk di kawasan Kuala Lumpur mempunyai peningkatan taraf hidup yang banyak bila dibandingkan dengan seluruh kawasan Malaysia, hasil daripada purata pendapatan bulanan isi rumah dari tahun 1995 hingga 1999. Hal ini kerana, kawasan Kuala Lumpur telah mancatatkan jumlah yang terbesar iaitu, sebanyak 5.0% berbanding dengan negeri lain yang terkelompok dalam kawasan Malaysia sebanyak tiga buah negeri. Tambahan pula, purata pendapatan bulanan isi rumah bagi kawasan Kuala Lumpur adalah sebanyak RM3371 pada tahun 1995 serta telah meningkatkan secara mendadak sebanyak RM734 dan menjadi sebanyak RM 4105 pada tahun 1999. Sementara, kawasan-kawasan yang lain yang terkelompok dalam golongan Malaysia hanya mengalami peningkatan sebanyak RM 452 berbanding dengan tahun 1995.

Purata pendapatan bulanan isi rumah bagi penduduk Kuala Lumpur telah meningkat daripada RM3,371 pada tahun 1995 kepada RM4,105 pada tahun 1999. Berbanding dengan purata pendapatan nasional sebanyak RM2,472 pada tahun 1999, purata pendapatan isi rumah bulanan di Kuala Lumpur adalah 66.0 peratus lebih tinggi. Kadar pertumbuhan purata tahunan untuk pendapatan isi rumah bagi Kuala Lumpur untuk tempoh 1995-1999 adalah sebanyak 5.0 peratus dan lebih rendah berbanding dengan purata nasional sebanyak 5.2 peratus.

Merujuk data yang telah diperolehi, pendapatan penduduk Kuala Lumpur adalah merupakan satu dominasi yang nyata berbanding antara negeri-negeri yang lain. Hal ini berlaku kerana, tingkat sara hidup, kualiti hidup dan keperluan hidup di Kuala Lumpur adalah tinggi berbanding negeri lain, di sebabkan itu pendapatan penduduk Kuala Lumpur melebihi negeri-negeri yang lain. Selain sara hidup yang tinggi, Kuala Lumpur juga merupakan lembah perniagaan untuk mereka yang berniaga dalam perniagaan sama ada barang atau perkhidmatan, dengan hal itu membuatkan pendapatan penduduk Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding pendapatan penduduk di negeri lain. Jika di lihat dari kaca mata mukim Kuala Lumpur, ianya terbukti menunjukkan yang Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang berimejkan modenisasi tetapi jika melihat dari sudut Malaysia, Malaysia belum lagi mencapai tahap modenisasi dengan efisien, kerana berlakunya ketidakseimbangan antara penduduk bandar dengan penduduk di pinggirannya.

3.1.5 Jadual 5: Kadar Kemiskinan, 1995-1999

Kawasan

Kadar Kemiskinan (Peratusan)

1995

1997

Perubahan

Kuala Lumpur

0.5

2.3

1.8

Malaysia

8.7

7.5

1.2

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Tahap kemiskinan di Kuala Lumpur telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1995 kepada 2.3 peratus pada tahun 1999. Walau bagaimanapun ini adalah masih rendah berbanding dengan purata nasional sebanyak 7.5 peratus. Tambahan pula, tahap kemiskinan tidak mengambil kira kos sara hidup yang lebih tinggi di Bandar Raya. Angka garis kemiskinan nasional untuk pendapatan isi rumah sebanyak RM510 (pada harga 1997) seharusnya diubahsuai kepada satu angka yang lebih realistik iaitu RM750 bagi Kuala Lumpur. Pada garis kemiskinan yang telah diubahsuai ini, taraf kemiskinan di Kuala Lumpur tidak banyak berbeza berbanding purata nasional iaitu sekitar 7.5 peratus.

Jadual menunjukkan peratusan kadar kemiskinan dalam perubahan dua tahun. Kadar kemiskinan yang tinggi ini juga boleh dikaitkan dengan kemiskinan bandar, kerana berlakunya penghijrahan atau migrasi yang tiada had menyebabkan peratusan ini meningkat saban tahun. Tambahan pula, penghijrahan pendatang asing yang datang secara izin dan tanpa izin menyebabkan kemiskinan ini berlaku dengan wujudnya perumahan setinggan. Masalah ini sangat sukar untuk di bendung kerana terdapat banyak lubang-lubang tikus supaya pendatang asing ini bermigrasi ke Kuala Lumpur terutamanya, apatah lagi pada tahun 2000-an, kawasan seperti Kota Raya, KLCC, Pasar Seni bagaikan sebahagian daripada negara pendatang. Kuala Lumpur telah menunjukkan perkembanganya yang baik kerana menjadi tumpuan seluruh dunia sebagai punca mata pencarian, tetapi faktor kemiskinan masih lagi berlaku akibat daripada desakan di negara asing atau desakan hidup oleh penduduk yang datang dari kampung. Selain itu, pasaran bebas menyebabkan negara bangsa mengalami masalah kemisknan yang serius.tau migrasi yang tiada had menyebabkan engan kemiskinan bandar, kerana berlakunya penghijrahan atau migrasi yang tidak

Pusat Pertumbuhan

Kawasan Tiada Pembangunan

Setinggan

Infrastruktur dan Utiliti

1984

2000

Peratus Perubahan

1984

2000

Peratus Perubahan

1984

2000

Kuala Lumpur

7104.73

5756.74

-18.93

2404.31

570.63

-76.26

6550.61

6176.56

Kawasan Perancangan Pusat (KPP)

59.55

139.33

133.97

129.12

31.46

-75.64

439.14

565.24

Pusat Pertumbuhan Baru

Wangsa Maju

557.61

359.67

-53.43

229.23

52.90

76.92

283.24

340.13

Bukit Jalil

879.87

601.62

-31.6

127.02

19.56

-84.6

282.72

340.08

Damansara

780.92

532.42

-31.82

94.25

9.01

-90.44

270.13

418.19

Bandar Tun Razak

376.98

436.27

15.73

87.30

23.40

-73.2

773.99

501.16

Pusat Pertumbuhan Lain

Jinjang

242.97

647.28

166.4

297.01

104.05

-64.97

1020.71

594.1

Sentul

188.28

223.98

18.96

267.81

64.78

-75.81

648.33

497.34

Setapak

186.53

270.20

44.86

84.27

43.39

-48.51

476.78

369.47

Datuk Keramat

63.22

50.37

-20.33

64.93

32.20

-50.41

183.07

137.65

Maluri

34.20

28.80

-15.79

120.79

39.58

-67.23

155.08

139.61

Bukit Anggerik

461.27

438.40

-4.96

164.37

9.85

-94.01

275.37

293.92

Seputeh

250.34

229.16

-8.46

238.97

63.02

-73.63

542.81

503.67

Bukit Indah

857.32

483.98

-43.55

308.29

61.70

-79.99

718.97

815.57

Penchala

1423.63

798.71

-43.9

108.72

0.66

-99.39

141.66

238.12

Bukit Maluri

415.58

404.15

-2.75

98.61

1.24

-9474

223.33

291.89

3.1.6 Jadual 6: Perubahan Guna Tanah Kawasan Tiada Pembangunan, Setinggan, Infrastruktur dan Utiliti, 1984-2000

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Kawasan tiada pembangunan termasuk pertanian, tanah kosong, tanah bekas lombong, nurseri, semak dan belukar. Jumlah tanah belum dibangunkan adalah sebanyak 5,757 hektar atau 23.8 peratus daripada jumlah guna tanah. Walau bagaimanapun, kebanyakan tanah-tanah ini adalah dalam kelompok kecil yang tidak dapat dibangunkan untuk pembangunan berskala besar. Petempatan setinggan terdiri daripada aktiviti kediaman, perdagangan dan perindustrian, kini menduduki lebih kurang 571 hektar atau 2.4 peratus daripada jumlah guna tanah. Kegunaan tanah kategori ini merekodkan penurunan 5.7 peratus daripada 6,551 hektar kepada 6,177 hektar di antara tahun 1984 dan 2000. Walau bagaimanapun terdapat peningkatan jumlah tanah rizab jalan kesan dari pelaksanaan program pembinaan jalan di bawah PSKL 1984. Terdapat juga peningkatan dalam jumlah tanah rizab rel sistem Transit Aliran Ringan (LRT), tetapi ini tidak begitu ketara kerana sebahagian sistem ini menggunakan rizab sungai, jalan dan rel sedia ada.

Lebih banyak jumlah yang negatif berbanding positif di dalam perubahan guna tanah di Zon Kuala Lumpur dari 1984-2000. Hal ini berlaku adalah mungkin kerana untuk membina sebuah bangunan di kawasan tersebut perlukan ruang yang berskala besar, kerana suatu ciri modenisasi adalah dengan mewujudkan pusat-pusat yang berskala besar dan bertaraf mega. Kawasan- kawasan ini tidak mendapat sambutan adalah mungkin kerana tanah yang tidak sesuai untuk di dirikan bangunan walaupun bangunan yang berskala kecil atau pemaju yang tidak bertanggjawab menyebabkan tanah tersebut terbiar atau mungkin juga tanah hak milik persendirian atau pusaka yang tidak tahu latar belakangnya dan di gazetkan kepada kerajaan.

3.2 Teknologi

Aspek teknologi dalam pembangunan tidak pernah dapat dipisahkan sejak revolusi perindustrian. Semakin manusia maju ke hadapan untuk mencari peralatan teknologi bagi membantu kehidupan mereka dan berjalan seiring dan kadang-kala semakin melepasi langkahan manusia sendiri. Perkembangnya teknologi maklumat dan komunikasi global seperti internet dan sistem komunikasi tanpa kabel yang meluas menyebabkan kehidupan manusia tidak lagi seperti dahulu( Rozalli Hashim 2005). Ini di perkukuhkan lagi dengan berpandukan teori Smelser di dalam proses modenisasi yang pertama iaitu perubahan dari teknik tradisional ke teknik yang berasaskan sains dan teknologi membuktikan sesebuah masyarakat itu membawa ke arah negara maju (Ahmad Shukri & Rosman Md Yusoff 2003). Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada konsep teknologi dalam isu pemodenan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mengikut konsep teknologi, terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian khusus yang berdasarkan kepada jumlah jenis barangan teknologi yang digunakan di setiap mukin, manakala dari segi umumnya ialah talian telefon tetap mengikut tahun.

3.2.1 Jadual 7: Talian Telefon Tetap Setiap 1000 Penduduk

Kawasan

Talian Telefon Tetap Setiap 1,000 Penduduk


1995

2000

Peratusan Perubahan

Kuala Lumpur

369.5

258.2

-30.12

Malaysia

164.3

228.4

39.01

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Dari segi penggunaan talian telefon, walaupun terdapat penurunan dalam bilangan talian telefon bagi setiap 1,000 penduduk dari tahun 1995 sehingga 2000, namun bilangan pengguna telefon sebenar bagi penduduk Kuala Lumpur telah meningkat dalam penggunaan telefon bimbit, ini adalah berikutan perkembangan teknologi. Oleh itu, penggunaan telefon tetap setiap 1000 penduduk pada tahun 1995 sebanyak 369.5 ribu, menurun menjadi 258.2 ribu menjelang tahun 2000. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya peratus perubahan yang negatif sebanyak -30.12%. Manakala jikaa dibandingkan dengan Malaysia penggunaan telefon tetap setiap 1000 penduduk telah mengalami peningkatan sebanyak 64.1 ribu iaitu pada tahun 1995 angkanya mewakili 164.3 ribu dan meningkat kepada 228.4 ribu. Secara tidak langsung pola peratus perubahan adalah positif iaitu 39.01%.

Walaupaun Kuala Lumpur mengalami menurun akan tetapi jika dibandingkan dengan Malaysia penggunaan talian telefon adalah berlipat ganda penggunaan telefon tetap.walaupun angka penggunaan talian telefon tetap menurun ini mungkin berikut daripada teknologi seperti telefon bimbit, mesin faks, dan e-mail. Tambahan pula, teknologi-teknologi ini memudahkan kos dan tenaga maka pengurangan penggunaan terhadap telefon tetap berlaku. Daripada jadual tersebut dan huraiannya mendapati bahawa Kuala Lumpur telah mencapai tahap modenisasi yang baik kerana perkembangan teknologi telah di jadikan sebagai pemacu komunikasi dengan penggunaan telefon bimbit manakala pertambahan talian tetap di seluruh Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia tidak ketinggalan dalam mengejar arus teknologi setempat.

3.2.2. Jadual 8: Jumlah Barangan Isi Rumah Terpilih Mengikut Mukim of W.P. Kuala Lumpur, 2000

Mukim

Barang Isi Rumah Terpilih

Internet

Komputer Peribadi

Talian Tetap Telefon

Telefon Bimbit

JUMLAH

Batu Caves*

8.08

16.48

41.2

34.23

631

Kg. Sg. Penchala utara

5.82

18.4

44.66

31.11

842

Sg. Besi

5.02

10.86

51.75

32.37

1832

Salak Selatan

5.93

11.78

52.65

29.64

3930

Kg. Sg. Penchala selatan

20.93

25.7

27.39

26

1004

Kg. Kepong

2.33

7

55.24

35.43

429

Kg. Batu

4.19

8.9

49.21

37.7

191

Jinjang

4

9.97

50.9

35.11

5466

Kuala Lumpur

9.52

16.02

44.19

30.26

456196

(Sumber: Jabatan Perangkaan Wilayah)

Penglibatan negara dalam pelbagai bidang telah membawa perubahan yang besar dalam jumlah penggunaan barangan teknologi seperti penggunnaan internet, memiliki komputer peribadi, tali tetap telefon, dan telefon bimbit. Pada tahun 2000, jumlah keseluruhan penggunaan barang isi rumah terpilih diatas ialah mencatatkan sebanyak 470, 667 unit. Sebanyak 456196 unit mewakili bagi mukim Kuala Lumpur dengan jumlah yang terbesar barang isi rumah terpilih pada tahun 2000. Sementara, mukim yang sederhana dalam penggunaan barang isi rumah terdiri daripada mukim Jinjang, Salak Selatan, Sungai Besi, Kampung Sungai Penchala Utara dan Selatan, Batu Caves serta Kampung Kepong dan masing–masing mencatakan jumlah sebanyak 5466 unit, 3930 unit, 1832 unit, 842 unit dan 1004 unit, 631 unit serta 429 unit. Manakala, Kampung Batu adalah mukim yang paling rendah dalam penggunaan barang rumahtangga yang terpilih iaitu sebanyak 191 unit daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2000.

Mukim Kuala Lumpur, mencatatkan sebanyak 44.19% bagi penggunaan talian tetap telefon diikut dengan telefon bimbit sebanyak 30.26%, 16.02% pula penggunaan komputer peribadi dan sementara internet menunjukkan angka sebanyak 9.52%. Pola ini sedemikian kerana mukim Kuala Lumpur merupakan antara mukim yang berada dalam era kemajuan berbanding dengan mukim yang lain. Akan tetapi, talian tetap telefon merupakan antara media perhubungan yang pertama berbanding dengan media yang lain. Maka alat perhubungan itu masih dikekal oleh semua orang walaupun terdapat media perhubungan yang lebih canggih. Sementara antara mukim yang tergolong dalam lingkungan sederhana yang dipilih untuk menganalisis adalah Kampung Kepong. Berdasarkan jadual di atas Kampung Kepong telah mencatatkan sebanyak 55.24% bagi penggunaan talian telefon. Bagi penggunaan telefon bimbit pula, sebanyak 35.43% dan penggunaan komputer peribadi hanya mencatatkan angka sebanyak 7% sahaja serta penggunaan internet adalah sebanyak 2.33%. Kampung Kepong merupakan sebuah kawasan yang masih berada dalam status kampung maka berkembang dalam penggunaan teknologi juga masih rendah seperti penggunaan komputer dan internet.

Mukim yang berada dalam kategori yang paling rendah adalah mukim Kampung Batu. Walaupun mukim Kampung Batu mencatatkan jumlah yang kecil beberbanding dengan mukim-mukim yang lain tetapi peratu penggunaan komputer peribadi dan internet adlah tinggi berbanding dengan penggunaan Kampung Kepong. Akan tetapi dibanding dari berkembang lokasi Kampung Batu lebih maju daripada Kampung Kepong . Hal ini kerana Kampung Kepong terletak di pinggir Kuala Lumpur, ini telah mungkin kurang mendorong menerima berkembang dalam aspek teknologi. Keadaan ini dapat dibuktikan berdasarkan jadual diatas dimana mukim Kampung Batu mencatatkan penggunaan internet sebanyak 4.19% dan penggunaan komputer peribadi pula 8.9%. Manakala, penggunaan talian tetap telefon dan telefon bimbit masing- masing mecatatkan sebanyak 49.21% dan 37.7%.

Daripada huraian di atas di dapati bahawa berlakunya ketidakseimbangan antara mukim dalam penyebaran teknologi terdapat tujuh mukim yang mempunyai peratus yang kurang daripada 10% tentang penggunaan teknologi internet, dan 3 mukim pada pemilikan komputer peribadi. Secara keseluruhannya membuktikan bahawa pembangunan di setiap mukim di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tiada keseimbangan yang jelas dan tidak efisein, kerana transformasi yang dilakukan tidak meluas dalam tahap modenisasi.

3.3 Industrialisasi

Industrialisasi boleh di maksudkan dengan perubahan dari guna tenaga yang berorentasikan manusia dan haiwan dalam masyarakat mundur ke penggunaan mesin proses pengeluaran dalam masyarakat maju. Industri menyebabkan penduduk di sesuatu kawasan bertambah padat dan bilangannya bertambah besar. Dengan ini, di dalam pembolehubah industrialisasi faktor yang akan dibicarakan adalah Agihan Sektor Utama Pekerjaan di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur danKonurbasinya dan Malaysia, 2000 dan Populasi Pekerja berumur 15-64 tahun mengikut pekerjaan mengikut mukim di Kuala Lumpur pada tahun 2000.

3.3.1 Jadual 9: Agihan Sektor Utama Pekerjaan di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan Konurbasinya dan Malaysia, 2000

Sektor

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur dan Konurbasinya

Malaysia

2000

Peratus

2000

Peratus

2000

Peratus

Utama

9.0

1.1

55.7

3.3

1448.7

15.6

Sekunder

131.3

15.7

441.7

25.9

3313.3

35.7

Pembuatan

88.1

10.5

337.7

19.8

2558.3

27.6

Pembinaan

43.2

5.2

104.0

6.1

755.0

8.1

Tertari

698.1

83.3

1208.5

70.8

4509.2

48.6

Utaliti

24.1

2.9

57.2

3.4

75.0

0.8

Pemborongan & Perdagangan, Restoran & Hotel

144.4

17.2

233.0

13.7

1584.2

17.1

Pengangkutan, Pergudangan & Komunikasi

66.5

7.9

178.7

10.5

461.6

5.0

Kewangan, Insurans, Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan

202.8

24.2

309.7

18.2

508.7

5.5

Perkhidmatan Persendirian

125.7

15.0

256.3

15.0

898.7

9.7

Perkhidmatan Kerajaan

134.6

16.1

173.7

15.0

981.0

10.6

Jumlah Pekerjaan

838.4

100

1,709.9

100

9271.2

100

Penduduk

1,432,900

4,207,200

23,266,000

Nisbah Pekerjaan / Penduduk

0.59

0.41

0.40

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Sektor tertari atau perkhidmatan membentuk komponen pekerjaan terbesar di Kuala Lumpur yang merupakan 83.0 peratus daripada jumlah keseluruhan berbanding 71.0 peratus di KLK. Berdasarkan kepada Rancangan Malaysia Kelapan, Kuala Lumpur mempunyai anggaran peratusan terbesar iaitu 58.0 peratus daripada jumlah pekerjaan sektor perkhidmatan di dalam KLK. Sektor tertari merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan, pemborongan dan perdagangan, restoran dan hotel, pengangkutan, pergudangan & komunikasi, utiliti, perkhidmatan swasta dan perkhidmatan kerajaan. Sektor sekunder, yang terdiri daripada sektor perkilangan dan pembinaan, menyumbang hanya 16.0 peratus daripada jumlah pekerjaan di Kuala Lumpur berbanding dengan 26.0 peratus di KLK. Nisbah pekerjaan kepada penduduk di Kuala Lumpur adalah tinggi iaitu 59.0 peratus berbanding dengan 41.0 peratus bagi kawasan yang selebihnya di KLK dan 40.0 peratus bagi seluruh negara.

Memang tidak di nafikan bahawa perkhidmatan amat penting dalam perkembangan negara untuk bersaing dengan negara lain dalam pelbagai sektor. Kuala Lumpur yang memainkan peranan termasuk konurbasinya. Melihat daripada nisbah pekerja/penduduk antara Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur dan konurbasinya dapat disimpulkan di sini bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mampu menyeimbangkan mengikut kepakaran yang ada pada penduduknya. Oleh itu, tahap modenisasi ini adalah dalam tahap yang agak seimbang secara relitifnya tetapi jika dilihat secara persendirian ia masih lagi perlu di perbaiki dalam pembahagian pekerjaan mengikut mukim yang terdapat di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.

3.3.2 Jadual 10: Populasi Pekerja berumur 15-64 tahun mengikut pekerjaan mukim di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2000

Mukim

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Jumlah



Kg. Sg. Penchala*

11.7

14.58

12.96

15.03

12.87

0.18

6.75

13.68

12.15

1111


Sg. Besi

5.09

5.25

10.43

15.2

22.17

N

10.35

12.77

17.97

3711


Salak Selatan

7.43

6.01

11.49

13.29

16.24

0.09

24.78

7.86

12.63

5290


Kg. Sg. Penchala*

15.03

24.54

24.54

7.52

8.43

N

1.23

53.68

13.63

652


Kg. Kepong

1.49

2.24

62.11

12.17

25.59

0.25

21.49

11.06

19.25

805


Kg. Batu

4.52

4.77

8.54

13.57

17.33

0.25

10.3

6.94

33.92

398


Jinjang

6.74

1.93

6.23

11.73

19.91

0.16

26.38

10.49

16.2

9277


Kuala Lumpur

9.12

10.14

13.7

16.32

18.37

0.06

8.46

7.93

15.65

574759


Batu Caves*

1.7

13.07

14.77

20.45

30.68

N

6.25

9.09

3.98

176


(Sumber: Jabatan Perangkaan Wilayah)

1.Pegawai perundangan, pegawai atasan dan pengarah.

2.Golongan profesional.

3.Pegawai Teknikal dan Separa Profesional.

4.Pekerja Pejabat

5.Pekerja perkhidmatan dan jurujual

6.Pekerja Agrikultur

7.Pekerjaan kraftangan

8.Pengendali Mesin dan Pekerja Kilang

9.Pekerjaan Asas

Berdasarkan jadual di atas populasi pekerja berumur 15 – 64 tahun mengikut pekerjaan terbahagi kepada 9 pekerjaan utama dalam negara. Daripada jumlah keseluruhan 596 179 orang populasi pekerja mukim Wilayah Persekutuan mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 574 759 orang, iaitu 9 kali ganda daripada jumlah keseluruhan. Sementara mukim Jinjang merupakan populasi pekerja yang sederhana dan didikuti oleh mukim Batu Caves yang mencatatkan nilai terendah. Walaupun mukim Wilayah Persekutuan mencatatkan jumlah tertinggi tetapi pembahagian peratus bagi setiap pekerjaan adalah lebih setara, kecuali pekerjaan agrikultur dan perikanan yang mencatatkan jumlah sebanyak 0.06%, sementara pekerjaan yang lain pula seperti Pegawai perundangan, pegawai atasan dan pengarah iaitu 9.12%, Golongan profesional iaitu 10.14% , Pegawai Teknikal dan Separa Profesional (13.7%), Pekerja Pejabat 16.32%, Pekerja perkhidmatan dan jurujual 18.37%, Pekerjaan kraftangan 8.46%, Pengendali Mesin dan Pekerja Kilang 7.93%, Pekerjaan Asas 15.65%. Hal ini kerana sektor agrikultur dan perikanan tidak lagi membuka peluang pekerjaan di mukim Kuala Lumpur, kerana kini kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah berdasarkan kepada sektor perniagaan dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, mukim Kampung Sungai Penchala Utara mencatatkan jumlah yang rendah iaitu hanya 652 orang, tetapi peratusan yang mewakili jenis pekerjaan seperti pegawai perundangan, pegawai atasan dan pengarah, golongan profesional serta pegawai teknikal dan separa teknikal masing-masing mencatatkan peratus yang tertinggi berbanding mukim-mukim lain seperti Kuala Lumpur. Ini dapat dibuktikan di mana mukim Kampung Sungai Penchala mencatatkan sebanayak 15.03% bagi jenis pekerjaan pegawai perundangan, pegawai atasan dan pengarah, 24.54% mewakili oleh bagi jenis pekerjaan golongan profesioanal dan teknikal dan separa profesional dan 53.68% pekerja asas.

Mukim Batu Caves merupakan sebuah mukim yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan kepada sektor pelancongan. Hal ini keranan pelancong yang datang ke sana adalah tujuan untuk menikmati keunikan gua batu kapur yang digabungkan dengan nilai kebudayaan agama hindu. Ini dapat dibuktikan dengan peratus jenis pekerjaan yang terdapat di mukim ini terdiri daripada pekerja perkhidmatan dan jurujual yang tertinggi iaitu sebanyak 30.68%.

Kesimpulan yang mampu dihuraikan di sini adalah, ketidakseimbangan pembahagian kerja mengikut jenis pekerjaan di setiap mukim adalah berlaku kerana faktor fizikal yang ada disesebuah mukim. Sesuatu pekerjaan itu lebih cenderung dengan keadaan yang ada di sekelilingnya. Oleh yang demikian, Wilayah Kuala Lumpur mempunyai satu ciri yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian dalam bentuk fizikal yang berlainan di setiap mukim. Maka dengan itu tahap modenisasi di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini boleh mencerminkan kepelbagaian budaya dan keperluan sosial. Selain itu pekerja-pekerja kelas A atau menengah ramai yang bermastautim di kawasan pinggir pusat bandar bukan lagi di bandar. Ini telah menunjukkan bahawa angin pasca-modenisasi sudah bermula.

3.4 PENDIDIKAN

Pendidikan di semua peringkat lebih-lebih lagi di peringakat tinggi adalah untuk melahirkan warganegara yang baik dan pekerja yang cekap di dalam bidang. Pendidikan yang berpusatkan kepada pembangunan ilmu memandu minda masyarkat untuk memodenisasikan kemahiran ekonomi, sains, teknologi dan penjawatan profesional. Di dalam pembolehubah pendidikan dalam kajian ini melihat kepada tahap kelulusan di setiap mukim di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2000.


PRA-SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH RENDAH MENENGAH TING.

1 – 5

SEKOLAH MENENGAH ATAS

VOKASIONAL DAN

TEKNIK

KEMAHIRAN

DAN

INSTITUT TEKNIKAL

PRA-

UNIVERSITI /MATRIK

UNIVERSITI/POLITEKNIK/ KOLEJ

LAIN - LAIN

JUMLAH

Batu Caves*

3.11

28.71

27.22

28.38

0.9

0.9

2.4

8.36

N

1343

Kg. Sg. Penchala Utara*

1.72

24.37

20.5

24.32

0.62

0.86

3.58

21.93

2.25

2093

Sg. Besi

2.76

28.91

25.39

25.3

1.58

0.46

2.6

5.57

7.44

7222

Salak Selatan

1.46

25.18

31.08

21.87

0.95

0.72

2.33

9.6

6.8

8982

Kg. Sg. Penchala Selatan*

0.8

9.95

7.33

12.48

1.22

1.75

3.05

54.28

9.08

1146

Kg. Kepong

1.8

36.3

30.37

20.4

0.07

0.07

1.01

5.06

4.92

1383

Kg. Batu

0.94

28.17

28.33

26.44

2.5

N

2.5

6.73

4.38

639

Jinjang

2.17

36.54

31.81

19.54

0.54

0.17

1.28

5.4

3.18

16300

Kuala Lumpur

2.11

23.33

19.41

26.32

1.23

0.63

3.26

16.86

6.85

1085063

3.4.1 Jadual 11: Jumlah Penduduk yang Mendapat Pendidikan Mengikut Tahap Kelulusan di Setiap Mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Tahun 2000

(Sumber: Jabatan Perangkaan Wilayah)

Jumlah keseluruhan penduduk yang mendapat pendidikan mengikut tahap kelulusan di setiap Mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Tahun 2000 terdiri daripada 9 peringkat taraf pendidikan, antaranya pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas, vokasional dan teknik, kemahiran dan institusi teknikal, pra universiti dan matrik, universiti/kolej/politeknik serta lain-lain. Kuala Lumpur merupakan sebuah mukim yang mengalami perkembangan dari pelbagai bidang. Seperti bidang pendidikan juga.

Keadaan ini dapat dilihat dimana mukim Wilayah Persekutuan mempunyai seramai 1085063 orang, yang terdiri daripada penduduk yang berpendidikan sekolah rendah sebanyak 23.33%, di ikuti sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas yang masing-masing mencatatkan sebanyak 19.41% dan 26.32% dan taraf pendidikan yang lain pula adalah dalam lingkungan sekata. Mukim Jinjang dan Kampung Batu berada dalam lingkungan peratusan yang sama walaupun jumlah berbeza. Jinjang mencatatkan jumlah pelajar yang berpendidikan mengikut tahap kelulusan adalah sebanyak 16300 orang sementara Kampung Batu pula 639 orang. Apabila dilihat dari segi peratus bagi kedua- dua mukim ini. Tahap pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas menunjukan peratus yang terbesar bagi ketiga-tiga tahap ini. Mukim Jinjang dan Kampung Batu mencatatkan tahap pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas masing- iaitu sebanyak 28.17%, 28.33%, 26.44% untuk mukim Kampung Batu. Manakala Jinjang pula 36.54%, 31.81% dan 19.54%.

Dari data yang telah dihuraikan dapat di simpulkan bahawa Kampung Jinjang dan Kampung Batu mempunyai peratusan yang tinggi pada tiga tahap teersebut kerana ketiadaan pusat institusi pengajian tinggi awam atau swasta berbanding dengan Kuala Lumpur yang menempatkan berbilang IPTA dan IPTS menunjukkan penduduk yang lepasan Pra Universiti atau Universiti lebih cenderung untuk bekerja di Kuala Lumpur. Selain dari itu, faktor pembinaan sekolah juga memainkan peranan dalam kuasa pendidikan di suatu mukim. Dengan itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi tidak mampu untuk menyeimbangkan pembinaan sektor pendidikan yang lebih seimbang untuk setiap mukim. Salah satu faktornya adalah mungkin kerana ketiadaan tanah yang dapat di gunakan dengan skala yang besar untuk membina pusat atau institusi pendidikan. Justeru itu, dari segi pendidikan tahap modenisasi yang dapat di capai oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah masih lagi di tahap permulaan.

3.5 Kemudahan Infrastruktur

Kemudahan infrastruktur adalah merupakan satu tanggungjawab utama dalam menjaga kepentigan awam. Tanggungjawab ini termasuklah kebajikan awam, keselamatan dan kesihatan bagi memenuhi kehendak masyarakat dalam negara yang bersedia mencapai modenisasi. Dengan itu, kajian ini membicarakan tentang kemudahan rekriasi dan sukan serta perubahan guna tenaga institusi, kawasan lapang, kemudahan rekreasi & mukan dan kemudahan masyarakat.

3.5.1 Jadual 12: Kawasan Lapangan, Kemudahan Rekriasi dan Sukan 2000


Taman Bandar Raya (%)

Taman Daerah (%)

Taman Kejiranan (%)

Taman Tempatan (%)

Kawasan Mainan Tempatan (%)

Kompleks Sukan (%)

Lain-lain (%)

Jumlah (Hektar)

Pusat Bandar Raya

54.62

N

11.89

6.42

9.88

10.27

6.92

166.58

Wangsa Maju-Maluri

N

16.58

N

3.71

15.71

2.69

61.31

278.91

Sentul Manjalara

N

71.24

3.88

5.76

12.3

1.22

5.61

340.38

Damansara-Penchala

3.99

N

N

3.44

3.13

5.41

84.03

314.38

Bukit Jalil-Seputeh

N

30.21

N

2.06

4.48

40.13

23.12

278.57

Bandar Tun Razak-Sungai Besi

N

41.28

N

5.23

17.36

6.16

29.97

165.22

Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020

Dari segi kawasan yang mengalami pertumbuhan pesat yang menggunakan tanah sepenuhnya untuk tujuan kawasan lapangan, kemudahan rekreasi dan sukan bagi tahun 2000 adalah Sentul-Manjalara, Damansara-Penchala dan Wangsa Maju-Maluri. Daripada jumlah(hektar) iaitu sebanyak 340.38 hektar,Sentul-Manjalara telah digunakan untuk tujuan Taman Daerah ,Taman kejiranan, TamanTempatan, Kawasan Mainan Tempatan, Kompleks Sukan dan lain-lain keperluan. Bagi kawasan ini peratus yang tertinggi daripada jumlah keseluruhan adalah untuk tujuan Taman Daerah iaitu sebanyak 71.24% dan diikuti dengan untuk tujuan kawasn mainan tempatan. Sementara itu kawasan yang memaksimum sumber sebagai kawasan lapangan, kemudahan rekreaksi dan sukan ialah kawasanDamansara-Penchala iaitu sebanyak 314.38 hektar, untuk tujuan taman bandar raya,taman tempatan, kawasan mainan tempatan, kompleks sukan dan lain-lain. Daripada jumlah hektar itu kawasan Damansara-Penchala telah menunjukkan peratus yang tinggi adalah Kompleks Sukan iaitu sebanyak 5.41% selain daripada lain-lain. Manakala, kawasan yang kurang digunakan sepenuhnya untuk seperti tujuan diatas adalah Bandar Tun Razak- Sungai Besi, yang hanya memberi penumpuan untuk Taman Daerah iaitu sebanyak 41.28% dan diikuti untuk tujuan kawasan mainan tempatan sebanyak17.36 selain daripada untuk tujuan lain-lain.

Oleh itu, DBKL bertanggungjawab menyedia dan mengurus kemudahan sukan awam yang digunakan oleh warga kota Kuala Lumpur seperti padang bola sepak, kompleks sukan tempatan, kolam renang dan gelanggang tenis. Gelanggang-gelanggang badminton dan takraw biasanya disediakan di dalam dewan. Kemudahan rekreasi seperti taman dan kawasan permainan kanak-kanak dirancang, kemudahan sukan dan rekreasi adalah penting bagi perkembangan fizikal dan minda penduduk Bandar Raya dan juga menjadi elemen untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan.

Taman-taman kejiranan dan tempatan, kawasan permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kolam renang awam dan gelanggang tenis telah disediakan di semua zon strategik. Walau bagaimanapun, kemudahan-kemudahan ini diagihkan secara tidak seimbang mengikut taburan penduduk.disediakan dan diurus oleh DBKL. Taman bandar raya di Kuala Lumpur mempunyai kepentingan tersendiri bukan setakat keperluan warga kota, tetapi juga menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. Selain dari itu, terdapat tiga rizab hutan simpan di Kuala Lumpur, antara yang paling dikenali ramai ialah Bukit Nanas yang terletak di tengah Pusat Bandar Raya.

Kesimpulan yang dapat dihuraikan daripada penjelasan ini ialah, kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib adalah amat memberangsangkan dengan bantuan penduduk sendiri supaya kawasan kemudahan yang disediakan nampak hidup dan berguna untuk semua masyarakat. Dari segi kemudahan-kemudahan ini telah menunjukkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari sudut kemudahan infrastruktur ianya boleh dihargai. Modenisasi telah berlaku di setiap zon.

3.5.2 Jadual 13: Perubahan Guna Tenaga Institusi, Kawasan Lapang, Kemudahan Rekreasi & Sukan dan kemudahan Masyarakat, 1984-2000.

Pusat Pertumbuhan

Institusi

Kawasan Lapang , Kemudahan Rekreasi & Sukan

Kemudahan Masyarakat

1984

2000

Peratus Perubahan

1984

2000

Peratus Perubahan

1984

2000

Peratus Perubahan

Kuala Lumpur

1851.51

1620.80

12.46

585.93

1579.56

169.58

922.95

1382.44

49.78

Kawasan Perancangan Pusat (KPP)

266.04

163.06

-38.7

179.28

170.25

-5.04

89.93

135.79

50.99

Pusat Pertumbuhan Baru

Wangsa Maju

59.01

64.82

9.85

8.18

33.25

306.48

31.10

40.08

28.87

Bukit Jalil

N

40.19

N

N

200.81

N

1.53

6.57

329.42

Damansara

91.44

55.90

-38.87

20.77

37.27

79.44

7.55

41.41

448.48

Bandar Tun Razak

49.08

27.92

-43.11

50.70

117.30

131.36

131.98

184.14

39.52

Pusat Pertumbuhan Lain

Jinjang

68.90

7.47

-89.16

39.69

36.00

-9.3

32.08

59.58

85.72

Sentul

236.26

141.58

-40.04

27.43

61.63

124.68

27.66

34.01

22.96

Setapak

74.59

6.76

-90.94

66.12

70.90

6.32

89.33

117.70

31.76

Datuk Keramat

69.80

58.89

-15.63

18.16

30.37

67.24

19.75

22.16

12.2

Maluri

32.59

33.78

3.65

4.98

23.35

368.88

31.11

49.97

60.62

Bukit Anggerik

3.43

1.19

-65.3

5.01

57.97

1057.09

5.37

20.02

272.81

Seputeh

181.10

243.26

34.32

29.53

20.49

-30.61

127.28

155.45

22.13

Bukit Indah

34.64

45.36

30.95

29.07

109.58

276.95

21.65

54.54

151.92

Penchala

32.45

58.36

79.85

2.45

438.50

17797.96

3.12

27.93

79.52

Bukit Maluri

34.84

0.22

-99.37

7.18

25.74

258.5

1.76

38.78

2103.41

(Sumber: Plan Struktur Kuala Lumpur 2020)

N-Tiada data

Guna tanah institusi termasuk tanah kerajaan dan tanah rizab tentera telah berkurangan sebanyak 12.5 peratus daripada 1,852 hektar pada tahun 1984 kepada 1,621 hektar pada tahun 2000 dan merupakan 6.7 peratus daripada guna tanah keseluruhan. Kebanyakan tanah-tanah ini terletak di Kem Tentera Sungai Besi, Kem Batu Kantonmen, Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Kompleks Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Jalan Padang Tembak dan kompleks kerajaan di Jalan Duta dan sekitar Lebuh raya Mahameru.

Guna tanah kawasan lapang, kemudahan rekreasi dan sukan adalah termasuk taman Bandar raya, taman daerah, taman kejiranan, taman tempatan, kawasan mainan tempatan, kompleks sukan, padang golf, padang polo dan rizab hutan simpan. Jumlah guna tanah kawasan lapang, kemudahan rekreasi dan sukan telah meningkat dengan ketara sebanyak 169.6 peratus daripada 586 hektar pada 1984 kepada 1,580 hektar pada tahun 2000, walau bagaimanapun terdapat penurunan yang berterusan luas kawasan lapang awam di Pusat Bandar Raya akibat penukaran kepada kegunaan-kegunaan lain.

Jumlah guna tanah kemudahan masyarakat termasuk kemudahan-kemudahan awam, pendidikan, keagamaan dan perkuburan adalah sebanyak 1,382.44 hektar atau 5.7 peratus daripada jumlah guna tanah. Empat institusi pendidikan tertari utama; Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan guna tanah utama dalam kategori ini, bersama dengan beberapa kawasan perkuburan berpusat yang besar, terutamanya di Seputeh, Bandar Tun Razak dan Pusat Bandar Raya.

Apabila dilihat daripada zon-zon tersebut, kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sememangnya sangat menitikberatkan imej tempatan bagi memenuhi kehendak penduduknya. Dengan kemudahan tempat beriadah, institusi serta kemudahan lain telah meletakkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah sebuah tempat yang sangat mencirikan modenisasi, dengan kelengakap yang cukup setiap zon. Walaupun terdapatnya penurunan penggunaan tanah kerana untuk kegunaan lain, ini telah menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sangat produktif dalam pembangunannya. Maka tahap modenisasi di kawasan ini telah tercapai, walaupun bukan secara keseluruhan yang mutlak.

4. 0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, di dapati daripada keputusan-keputusan setiap jadual yang dijelaskan, Mukim Kuala Lumpur adalah tempat tumpuan untuk memenuhi segala pembolehubah yang diinginkan dalam mengkaji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat memberangsangkan dari segi keseluruhannya tetapi menurut data yang telah dimiliki dari sumber sekunder, di dapati berlakunya modenisasi bagi setiap mukim kecuali Kampung Batu kerana masih lagi berkeadaan lama dengan kurangnya pembangunan berbanding mukim-mukim yang lain. Ini menunjukkan pemodenisasian tidak lagi dilakukan di seluruh kawasan Kuala Lumpur. Sementara, mukim-mukim seperti Kuala Lumpur, Salak Selatan dan Sungai Besi merupakan antara mukim yang teawal mengalami apes modenisasi.hal ini kerana mukim-mukim ini menjadi tumpuan kerajan untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi sepeti sebelum Putrajaya ditubuhkan sebagai pusat pentadbiran negara, mukim Kuala lumpur menjadi pusat pentadbiran negara dan diikuti dengan Sungai Besi sebagai zon perindustrian iaitu khususnya untuk industri kecil dan sederhana(IKS). Mereka masih menumpukan tempat-tempat yang lebih menarik perhatian penduduk untuk mendiami kawasan tersebut. Selain dari itu, Bandaraya Kuala Lumpur juga sudah mengalami sedikit pascamodenisasi kerana terdapat beberapa kawasan seperti di pusat bandar yang kurang mengalami pembangunan kerana sudah ditahap tepu pembangunan. Tambahan pula, menerusi data-data ini dapat dirumuskan bahawa satu proses adaptasi kelembagaan atau institusi kepada perubahan fungsi yang sesuai dengan perkembangan pengetahuan manusia, kawalan terhadap persekitaran yang merupakan implikasi daripada evolusi saintifik telah berlaku. Tambahan pula, bentuk perubahan hubungan manusia yang disebabkan oleh hubungan sebab akibat daripada industrialisasi, sains dan teknologi. Modenisasi turut membabitkan perubahan pelbagai aspek dalam masyarakat seperti ekonomi, politik, kebudayaan, dan pendidikan. Secara ringkasnya, walaupun kajian ini menumpukan kepada tiga peringkat iaitu secara umum, mukim dan bandar yang mengalami pertumbuhan, angkuhbah-angkuhbah yang dinyatakan oleh kumpulan kami telah memadaikan konsep modenisasi yang telah dan masih berlaku di mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5.0 RUJUKAN

Ahmad Shukri Mohd. Nain: Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi Isu Pembangunan: Universiti Teknologi Malaysia.

Arief Budiman. 1995. Teori Pembangunan Dunia Ketiga: PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jabatan Perangkaan Wilayah

Morshidi Sirat. 2002. Proses Globalisasi dan Trasformasi Bandaraya: Isu. Peluang dan Cabaran bagi Kuala Lumpur. Penang: Universiti Sains Malaysia Press.

Morshidi Sirat & Suriati. 1998. Globalisasi, Aktiviti-Aktiviti Ekonomi dan Perubahan Lanskap Bandar- Kes di Kuala Lumpur, Malaysia. Jurnal Ilmu Kemanusiaan 4:63 -82.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020. Kerajaan Malaysia

Rozalli Hashim. 2005. Pengurusan Pembangunan: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Pembangunan Malaysia: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.



Myspace Layouts
Myspace Layouts - Swirls Myspace Layouts
Myspace Codes - Myspace Generators - Myspace Backgrounds

No posts.
No posts.